Apakah Pengesahan Dua Faktor?

Pengesahan Dua Faktor adalah cara yang sangat selamat untuk melindungi akaun online anda. Ia berfungsi dengan membutuhkan anda umtukmengenal diri sendiri menggunakan dua benda yang berbeza apabila anda log masuk ke website. Faktor kedua dikaitkan dengan sesuatu "yang anda punya" (seperti telefon bimbit). Jadi anda boleh memikirkan dua faktor sebagai sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) + sesuatu yang anda ada (telefon bimbit anda).

Biasanya anda menggunakan username dan kata laluan untuk log masuk. Dengan Pengesahan Dua Faktor, anda akan menggunakan username, kata laluan dan token. Token ini adalah nombor unik yang dihasilkan oleh telefon bimbit anda dan sentiasa berubah. Kerana hanya telefon bimbit anda boleh menghasilkan nombor itu dan hanya anda yang memiliki telefon bimbit, walaupun seseorang dapat meneka atau mencuri kata laluan anda jika anda mendayakan pengesahan dua faktor mereka tidak akan dapat hack akaun anda tanpa mencuri telefon bimbit anda juga.

Apa itu Authy?

Authy menjadikannya mudah untuk menggunakan Pengesahan Dua Faktor pada online akaun anda menggunakan telefon anda. Kami memberi anda App yang memudahkan anda menyimpan semua token anda dan "hanya" berfungsi untuk pengesahan yang kuat. Matlamat kami adalah untuk menjadikannya mudah dan langsung untuk sesiapa sahaja yang menggunakan pengesahan Dua Faktor pada semua akaun anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Authy dan cara menggunakannya untuk menyediakan 2FA untuk laman web kegemaran anda di authy.com.

Did this answer your question?